Pages

Wednesday, November 23, 2011

:: Menghindari Dosa-Dosa Kecil ::

Dari Aisyah r.a, berkata: Rasulullah saw bersabda: “Wahai Aisyah, hindarilah olehmu amal-amal yang remeh (dan suatu lafaz disebutkan:’Dosa-dosa’) kerana ada yang menuntut dari Allah terhadap amal-amal itu.”
(Isnadnya shahih ditakhrij Ibnu Majah, Ahmad, Ad-darimi, Ibnu Hibban dan Al-Qada’I dalam Musnadusi-Syihab.)
Ini merupakan wasiat Rasulullah saw kepada aisyah r.a. Merupakan wasiat yang maat berharga, berfaedah dan peringatan tentang hal yang sering dilalaikan iaitu dosa-dosa kecil.
Wahai muslimah, yang lurus dalam keimanannya tidak memandang kederhakaan. Lalu dia berkata “Itu hanya dosa kecil dan remeh”. Tetapi wanita muslimah harus takut terhadap seksa Allah, menangis kerana takut terhadap penderitaan api neraka dan merasa rugi andai kata dia terhalang untuk masuk ke syurga.
Wanita Muslimah yang beriman, sentiasa merasa khuatir terhadap dirinya dan takut kepada seksa Allah. Maka dia sentiasa berada di dalam ketaatan kepada Allah dan melaksanakan kebaikan.
Wanita muslimah harus menjauhi dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Selagi mereka mahu meninggalkan dosa-dosa besar, taubat dari dosa-dosa kecil, beristighfar, dia pasti akan mengampuninya.
FirmanNya:
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya kami hapus kesalahan-kesalanmua (dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)
(Al-nisa’:31)
Allah swt sangat besar maghfirahNya, Maha luas RahmatNya, mengampuni siapapun yang dikehendakiNya.

2 , 3 kucing berlari , kalau sudi datang la lagi .

No comments:

Post a Comment