Pages

Friday, November 25, 2011

Cinta itu buta

Assalamualaikum semua..
Pertama sekali agak sedih.. Seekor kucing telah mati dilanggar.. Tak pasti siapa yang melanggar… Huhuhuhu..
Hari ni saya cuma nak menulis topik yang agak santai.. Dan mungkin juga topik ini agak basi bagi sesetengah dari anda…
Secara amnya saya bukan lah seorang yang bijak dalam membicarakan tentang cinta… Dan memang agak lemah dalam aspek ini tetapi timbul idea untuk menulis mengenai topik di atas setelah mendapat pertanyaan dari seorang rakan…

” Benarkah cinta itu buta? ” lebih kurang inilah ayat yang ditanyakan dalam ym saya.. Dan jawapan saya mudah sekali ‘no komen’.. Tetapi setelah tiada idea akhirnya saya cuba juga untuk memberikan pandangan saya mengenai ayat ‘cinta itu buta’..
Mengikut pandangan saya kadang-kadang ungkapan tersebut ada benarnya.. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya menghuni alam maya ini hampir 30 tahun terdapat beberapa situasi yang boleh membuktikan ‘cinta itu buta’… Situasi adalah seperti berikut :-
1. Cinta itu buta tatkala kedua-dua pasangan atau salah seorang dari mereka tiada penglihatan atau dalam bahasa mudahnya buta.. Jadi sudah pastilah sukar untuk mengambarkan paras fizikal pasangan tersebut.. Namun yang menariknya kadang kala pasangan ini memiliki cinta yang lebih kukuh berbanding manusia normal.
2. Individu yang cantik tetapi pasangan hodoh.. Kalau hodoh paras rupa masih ok tapi hodoh dari segi perangai, sikap dan sebagainya… Malahan ada yang sanggup berkorban untuk pasangan yang terang-terang tidak akan menjadi pasangan yang mampu membimbing mereka.. Jadi mungkin mata individu tersebut telah dibutakan.. Macammana?? Wallahualam
3. Pasangan yang hanya mengharapkan harta semata-mata.. Terdapat beberapa kes di mana gadis yang muda berkahwin dengan lelaki yang telah layak untuk digelar datuk( bukan datuk pangkat) .. Dan ada antara mereka yang memikirkan harta yang dapat melalui perkahwinan tersebut.. Rasanya yang ini semua orang tau.. Mata mereka dibutakan oleh duit dan harta…
4. Situasi ini lagi teruk.. Individu berpasangan dengan pasangan yang berjantina sama??? Kenapa ?? Apakah yang telah menyebabkan mata mereka buta?? Adakah tidak cukup lelaki/wanita di muka bumi ini?? Hanya mereka-mereka yang boleh menjawabnya..
5. Yang terakhir sering kita lupa.. Kita sering lupa untuk menyintaiNya.. Kita sering menyanyangi antara satu sama lain tapi kadangkala kita terlupa menyintai Pencipta kita.. Mungkin kita telah dibutakan dengan cinta-cinta yang lain??
Okay saya rasa cukuplah setakat ini.. Mungkin ada yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai dalam tulisan ini.. Adakah anda rasa cinta itu buta??? Komenlah kalau berani…

2 , 3 kucing berlari , kalau sudi datang la lagi .

No comments:

Post a Comment