Pages

Friday, November 25, 2011

:: Jangan Mudah Percaya Berita Palsu ::

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kita kini telah memasuki fasa 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan. Bersyukur kita kerana masih diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjalani ibadah puasa dan melakukan ibadah kepadaNya di sepanjang bulan Ramadhan ini. Pada malam 10 terakhir Ramadhan ini ada satu malam yang dipanggil lailatul qadar. Sama-sama kita umat islam berusaha menghayati malam lailatul qadar untuk menambahkan pahala amal ibadah.
Hari ini saya ada terbaca satu berita yang tersebar dengan mudah di facebook. Ada rakan-rakan facebook yang menyebarkan berita ini. Berita ini adalah berita palsu yang tidak boleh dipercayai kerana tidak ada sumber yang sahih untuk membuktikan kebenarannya. Ini antara berita -berita palsu terbaru yang saya jumpa di facebook.
“Drpd dato mazlan astrology. Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am mecca time. Singapore time will be 8.25am.So is Malaysia Barat”
Berita palsu sebegini sangat bahaya kerana ia boleh memesongkan akidah umat islam jika mempercayai perkara-perkara karut yang tiada sumber sahih ini. Saya tidak mahu mengulas mengenai berita palsu ini cuma apa yang mahu saya katakan disini adalah bahayanya berita palsu yang tersebar hari ini.
Kalau nak ikutkan pada zaman ini begitu banyak maklumat dan berita palsu sebegini yang kita boleh perolehi dari sumber-sumber seperti surat khabar, televisyen, internet, facebook dan banyak lagi sumber lain. Sebagai pembaca, kita perlulah sentiasa selidiki terlebih dahulu setiap berita yang kita terima supaya kita tidak menerima berita yang palsu. Menerima berita itu boleh tapi sebelum percaya kena selidiki dahulu.
Jangan terlalu mudah untuk mempercayai 100% segala berita yang kita terima dari sumber-sumber yang tidak pasti kebenarannya. Ini penting bagi mengelakkan diri kita mempercayai berita palsu dan menjadi penyebar berita-berita palsu. Jangan terlalu mudah untuk menyebar sesuatu berita jika kita tidak tahu dari mana sumber berita itu. Facebook memang cepat tersebar berita-berita palsu sebegini. Sebab tu kita kena berhati-hati sebelum ‘share’ sebarang maklumat yang anda terima di facebook.
Di facebook, kita juga mungkin menerima maklumat lain yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada diri kita sendiri dan juga orang lain. Jika kita seorang yang berilmu, kita akan dapat  menilai sesuatu maklumat itu bermanfaat atau pun tidak kepada diri kita. Orang lain yang menerima maklumat dari kita juga tidak akan menghargai sebarang maklumat yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada diri mereka. Jadi, jangan sebarkan sebarang maklumat yang tidak membawa manfaat kepada orang lain.
Alangkah bertuahnya umat islam kerana telah dianugerahkan malam lailatul qadar oleh Allah. Lailatul qadar adalah janji Allah yang sudah pasti kebenarannya kerana ia tercatat di dalam kitab Al Quran. Mengapa tidak gunakan kesempatan yang ada pada malam lailatul qadar ini untuk memohon doa kepada Allah. Pada malam lailatul qadar adalah antara waktu yang sangat mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Ia datang hanya setahun sekali sahaja untuk kita berjumpa dengannya.

2 , 3 kucing berlari , kalau sudi datang la lagi .

No comments:

Post a Comment